Resepi tteokbokki ala cerita korea di rumah
Tak payah pergi korea atau myeongdong, buat sendiri je resepi cheese tteokbokki korea ini. 15 minit siap!
Tteokbokki ni, tak payah nak cerita dah tau la makanan kegemaran orang korea. Ia adalah makanan jalanan (street food) popular di korea, sebab ia sedap, dan senang untuk di makan
Bahan utama untuk buat tteokbokki, adalah rice cake , dan juga kuahnya. Jika korang tidak mempunyai rice cake untuk dibeli, boleh buat sendiri tau.
Ely buat guna dua cara, iaitu guna tepung beras, dan rice paper Boleh lihat resepi rice cake guna tepung beras di sini dan rice cake guna rice paper di sini
Selain itu, jika hendak buat resepi korea, wajiib ada dua bahan ini, iaitu gochugaru (serbuk cili korea), dan juga gochujang (pes cili korea). Boleh lihat di sini untuk lihat di mana untuk beli bahan ini
Jika nak tahu apa beza antara gochagaru dan gochujang, boleh tengok post dan video pendek yang ely buat di sini
Resepi Cheese Tteokbokki Homemade Mudah
Ingredients
- 1.5 sudu besar gochujang
- 3-4 ulas bawang putih (dicincang)
- 3.5 cawan air
- 1 sudu besar gochugaru
- 1 sudu besar gula / pemanis
- 1/4 sudu teh garam
- 22-25 ketul rice cake
- 1-2 batang sosej (optional, boleh tukar protein lain)
- 1 hiris keju
- 1/4 cawan daun bawang (optional)
Instructions
- Tumiskan bawang putih dan gochujang, dan tuangkan air
- Apabila mendidih, masukkan kering lain dan biar ia teradun dengan elok
- Masukkan rice cake dan sosej. Biar ia masak hingga lembut
- Apabila kuah semakin pekat, dan rice cake lembut, masukkan sekeping keju
- Sebelum hidang, taburkan daun bawang sebagai hiasan dan penyedap
- Hidang panas-panas, enjoy!