ayam goreng basickeli 2

Ayam Goreng Bawang Putih Crispy Tanpa Rempah

Resepi Ayam Goreng Bawang Putih Rangup

Ayam goreng bawang putih tanpa sebarang ketumbar. Senang sangat cara basickeli

ayam goreng basickeli

Ayam Goreng Bawang Putih Rangup

Cara buat Ayam Goreng Bawang Putih Viral Tanpa Menggunakan Ketumbar
Prep Time 1 day
Cook Time 20 minutes

Ingredients
  

  • 700 gram ayam
  • 7 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1.5 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar mushroom seasoning

Bahan untuk salut dan goreng

  • 7 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar tepung ubi kentang
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 1 sudu besar mushroom seasoning

Instructions
 

  • Kisarkan bawang putih dan bawang merah ,dan tuangkan ke atas ayam untuk diperapkan di dalam bekas semalaman
  • Letakkan sedikit kicap cair, garam dan gula. Perapkan dalam chiller semalaman atau sekurang-kurangnya 30 minit - 1 jam
  • Apabila sudah sedia untuk gorengkan, panaskan minyak dan gorengkan sedikit bawang putih yang telah diketukkan
  • Angkat keluar bawang putih untuk elakkan ia terlalu hangit
  • Campurkan bahan kering iaitu tepung ubi kentang, lada hitam dan garam dalam satu bekas untuk disalutkan dengan ayam
  • Salutkan ayam yang telah diperapkan dengan bahan kering, dan gorengkan di dalam minyak
  • Hidangkan ayam bersama bawang putih, ataupun bawang putih tersebut boleh dibuah sebagai bahan tumis aglio olio. Rujuk resepi aglio olio untuk lebih lanjut

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights