choux au crequelin basickeli

Japanese Cream Puff & Inti Whipping Cream Mudah

Resepi Japanese Cream Puff (Choux au Craqeulin) bersama inti mudah & tak berair 

Tips untuk buatkan Choux au Craquelin, Cookie Topping & Inti Whipping Cream Mudah

cream puff basickeli

Japanese Cream Puff (Choux au Craquelin) & Inti Whipping Krim

Tips untuk buat cream puff jepun bersama cookie top & inti krim
Prep Time 30 minutes
Cook Time 55 minutes

Ingredients
  

  • 3/4 cawan air (230-235ml)
  • 1/2 cawan mentega (105-110g)
  • 1 sudu besar gula (15g)
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 cawan tepung gandum (120g)
  • 1/2 sudu teh esen vanila (optional)
  • 3 biji telur ayam (gred b-tambah satu lagi jika perlu)

Cookie Top (Craqeulin)

  • 1/3 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula aising
  • 3/4 cawan tepung gandum

Inti krim

  • 1/2-1 cawan whipping cream (Ely gunakan non dairy)

Instructions
 

Cara buat Craquelin

  • Campurkan mentega dan gula aising, pukul dengan perlahan dahulu untuk elakkan gula dari berterbangan
  • Apabila sudah teradun, masukkan tepung di dalam adunan gula dan mentega. Campurkan sehingga ia menjadi doh yang agak melekit
  • Letakkan di atas permukaan bersih yang tak melekat, dan alaskan baking paper. Ulikan setebal 2.5-3mm . Jangan risau jika ia agak melekat, itu biasa. Jika perlu, letakka sedikit sahaja tepung untuk mudahkan alih baking paper
  • Terapkan menggunakan cookie cutter yang bersesuaian. Ikut size choux yang korang bakal paipkan.
  • Letakkan cookie yang telah diterap ke atas baking pan yang telah dilapik baking paper. Dan masukkan ke dalam peti ais di bahagian freezer sekurang-kurangnya 30 minit

Cara buat Choux (Kulit Cream Puff)

  • Masakkan air panas bersama mentega. Apabila telah cair, larutkan garam dan juga gula (dan esen vanila jika mahu) di dalam air tersebut
  • Kemudiankan kecilkan api/tutup api, dan masukkan tepung ke dalam campuran air dan mentega tadi. Gunakan sudip kayu untuk mudah campur dan tidak melekat
  • Masakkan hingga ia tidak melekat dan agak berminyak sedikit. Jika masih melekit, boleh kuatkan api sedikit.
  • Kemudian, masukkan ke dalam bekas lain, dan biar ia sejuk sebentar sehingga ia suam suam kuku
  • Mula panaskan oven pada suhu 180C
  • Masukkan telur satu per satu, dan gunakan hand mixer. Apabila telur telah bergabung dengan choux dengan elok, masukkan telur seterusnya
  • Konsistensi choux semakin lama semakin menyaluti hand whisk. Ia separa likat tetap masih rasa melekat apabila disentuh. Boleh rujuk di dalam video untuk lebih jelas rupa choux yang dihendaki
  • Pindahkan ke dalam piping beg, Ely gunakan piping tip 1cm
  • Paipkan ke atas baking pan yang telah dilapiskan dengan baking paper atau baking mat yang bersesuaian. Paipkan hanya dengan cara menekankan piping bag dan membiarkan choux membulat kepada saiz yang kita mahu. Rujuk kepada video untuk lebih jelas. Jarakkan juga antara setiap choux supaya ia tidak berlanggaran antara satu sama lain apabila dibakar
  • Apabila sudah dipaipkan, semburkan sedikit air ke atas setiap choux, sebelum meletakkan cookies di atas setiap satu choux
  • Bakarkan di dalam oven pada suhu 175C selama 40-55 minit bergantung kepada oven anda. Boleh keluarkan apabila cookies sudah melitupi choux dan choux keras dengan elok dan tidak basah
  • Apabila telah masak, biarkan choux sejuk di suhu bilik sebelum paipkan inti di dalam choux. Choux yang telah dimasak juga boleh disimpan di dalam bekas bersih di tempat yang kering. Untuk choux yang masih basah dan tidak dipaip, boleh disimpankan di dalam semi-sphere silicon dan dibekukan untuk kegunaan masa akan datang
  • Sebelum digunakan, disarankan buatkan bukaan yang kecil dibawah untuk memudahkan pemaipan inti krim

Inti Whipping Cream

  • Pukulkan cream sehingga kembang. Boleh terus digunakan ataupun masukkan di dalam peti ais di bahagian chiller untuk kegunaan hari yang sama
  • Masukkan ke dalam piping bag. Ely gunakan piping tip 0.5cm
  • Paipkan ke dalam setiap choux dan kemudian boleh terus dihidangkan ataupun masukkan di dalam peti ais di bahagian chiller (maksimum 2-3 hari)

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights