donut susu

1 BAHAN RAHSIA! Resepi Donut Susu Gebu Viral Basickeli

Cara buat Donut Gebu Sukatan Cawan dan Salut susu mudah

Nak tahu bahan rahsia yang buatkan donut korang tu jadi lembut dan gebu? Bahan tu confirm ada di dalam pantri korang tau!

Resepi Donut Susu Gebu Viral yang Mudah

Sebelum dapat tekstur donut yang lembut bagaikan kapas tu, Ely dah uji resepi donut selama 3-4 kali, Alhamdulillah, kali ke-empat jadi dengan elok

Donut susu ini punya la lembut, dan rasa salut susu di luar tu punya la berlemak, dan tak berapa manis tau

Lembut, dan berkrim

Itu adalah faktor yang buat donut susu sangat digemari ramai dan viral

Donut susu yang tengah viral tu

Untuk dapatkan donut gebu seperti dalam video atas, bahan utama sudah tentu yisnya. Pastikan yis masih elok dan tak ‘expired’. Faktor cuaca juga main peranan untuk memastikan ‘proofing’ doh mejadi dengan baik

Dan ini lah rahsianya untuk donut gebu ini, jeng jeng jenggggg…

Masukkan ais dalam adunan? Whatttttt

Ya, AIS! Ais yang membuatkan donut tersebut lembut kejadiannya dan gebu seperti kapas

Selepas adunan teradun elok, dan menghasilkan windowpane yang baik, seterusnya adalah proses pembentukan donut tersebut

Untuk resepi ini, Ely tak sarankan korang uli dan terapkan donut. Tetapi lebih baik jika korang bentukkan secara manual satu per satu

Ely timbangkan donut tersebut, anggaran dalam 37-41gram setiap biji, dan bentukkan donut tersebut dengan tangan. Bulatkan, leperkan, buat lubang dan cantikkan donut tersebut

Dengan cari ini, donut korang akan jadi licin & lebih ‘flawless’, macam dalam gambar-gambar viral yang korang pernah nampak tu kan

donut susu
Donut susu yang flawless

Selepas itu, gorengkan pada suhu yang rendah, jangan dibalikkan banyak kali, hanya dua kali sahaja. Lepas dan masak dengan elok, angkat terus!

Boleh makan begitu sahaja, ataupun nak salutkkan dengan salut susu, baru lah jadi donut susu yang ori kan 🙂

Donut ini, adalah donut paling best Ely pernah cuba, jadi korang wajib cuba juga ok?

Oh, tapi sebelum korang buat (atau dah buat tapi tak jadi juga), boleh cuba tengok video 7 kesilapan buat donut susu ini ya. Ely dah rekodkan apa kesilapan ely buat untuk setiap kali ely cuba buat donut susu. Dan rumuskan sekali apa yang perlu dielakkan dan dibetulkan

Lepas buat, jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag sahaja kami 🙂

donut susu

Resepi Donut Susu Gebu Viral Basickeli

Cara buat donut susu gebu sukatan cawan
Prep Time 2 hours 30 minutes
Cook Time 30 minutes

Ingredients
  

  • 2 + 1/2 cawan tepung gandum (tepung high protein pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung susu
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu besar instant yis
  • 1 cawan ais (250ml ais)

Salut susu

  • 1/4 cawan susu tepung
  • 1/8 cawan gula aising
  • 1/8 cawan gula kastor

Instructions
 

  • Campurkan semua bahan donut di dalam mixer/atau bread maker. Campurkan sehingga doh teradun dengan elok dan menghasilkan windowpane
  • Bulatkan doh di atas meja, taburkan sedikit tepung jika perlu. Rehatkan sebentar doh selama 10-15 minit
  • Sementara itu, potongkan baking paper untuk lapikkan doh donut sebentar lagi
  • Picit dan asingkan doh kepada beberapa bahagian donut (anggaran berat 37-41gram)
  • Bulatkan setiap doh, dan letakkan di atas baking paper
  • Tutup dengan kain lembap dan biar ia rehat selamat 30 minit
  • Bulatkan sekali lagi doh, leperkan sedikit, dan buat lubang sebesar 20-50sen. Rujuk video untuk lebih jelas cara untuk bentukkan doh. Letakkan kembali ke atas baking paper
  • Tutup sekali lagi dengan kain lembap, dan proofkan donut selama 1-2jam atau apabila donut dah naik dua kali ganda
  • Panaskan minyak tetapi jangan terlampau panas (suhu ideal dalam 135-145C). Seeloknya tuangkan minyak di dalam bekas yang dalam dan tidak cetek
  • Mulakan dengan gorengan 1 donut dahulu, pastikan minyak tak terlalu panas. Gorengkan sebelah donut, dan pusingkan ke arah satu lagi bahagian menggunakan lidi/chopstick. Jangan pusing donut terlalu kerap, hanya dua kali sahaja
  • Apabila donut dah siap, bancuhkan salut susu dengan mencampurkan semua bahan salut susu. Masukkan donut ke dalam bahan salut susu, dan pastikan ia tersalut dengan elok
  • Hindangkan sewaktu panas 🙂

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights